Peletakan Jawatan PM, Bawa Sudan Kepada Ketidaktentuan

 


Peletakan jawatan Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok, meninggalkan negara itu dalam keadaan tiada ketentuan. 

Beliau yang digulingkan dalam rampasan kuasa Oktober lalu, dilantik semula oleh pihak tentera, namun telah berundur kerana tidak berjaya mengembalikan kuasa rakyat. 

Tindakannya pada hari Ahad ketika protes besar-besaran sedang berlangsung, mengecam kedua-dua rampasan kuasa dan perjanjian dengan Hamdok dengan pihak perampas. 

Beberapa jam sebelum ucapan pengundurannya disiarkan di televisyen, pasukan keselamatan telah membunuh tiga penunjuk perasaan. 

Menurut pegawai perubatan, keganasan itu menjadikan jumlah 57 orang yang terbunuh sejak kudeta. 

Peletakan jawatan Hamdok menandakan pergolakan terbaharu dalam peralihan rapuh negara kepada demokrasi berikutan penyingkiran pemerintah lama Omar al-Bashir pada 2019.

Dalam ucapannya, Hamdok berkata, percubaan perundingan antara dengan pegawai awam dan tentera telah gagal. 

"untuk mencapai konsensus yang diperlukan agar dapat menyampaikan hak rakyat dengan janji keamanan, keadilan dan tiada pertumpahan darah telah gagal." ujarnya.

Perjanjian November yang cuba mengembalikan semula Hamdok memerlukan kabinet teknokratik bebas di bawah pengawasan tentera.  

Namun perjanjian itu ditolak oleh gerakan pro-demokrasi, yang menegaskan kuasa mesti diserahkan kepada kerajaan awam sepenuhnya.

Mengumumkan peletakan jawatannya, Hamdok berkata Sudan perlu melibatkan diri dalam dialog baharu untuk bersetuju dengan "piagam negara" dan "melukis peta jalan" bagi melengkapkan peralihan kepada pemerintahan awam.

Beliau juga memberi amaran bahawa kebuntuan politik boleh menjadi krisis. 

"Saya cuba sedaya mungkin untuk mengelakkan negara kita daripada terjerumus ke dalam bencana.  Kini, negara kita sedang melalui titik perubahan yang berbahaya yang boleh mengancam kelangsungan hidupnya melainkan ia segera diperbetulkan,” katanya.

Ulasan