01 Januari 2022

Tahun Baharu 2022 : Kita Teguh Pertahan


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2022.

2021, satu tahun yang panjang tapi pantas berlalu kerana kesibukan kita semua mengisi waktu dengan menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan pemimpin di bumi Allah ini.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” [al-Asr 1-3]

Umum tahu negara kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian seperti wabak, bencana dan pergolakan parti politik sejak beberapa tahun ini. Ujian yang hadir ini tidak lain melainkan tanda untuk kita muhasabah, perbaiki kelemahan dan kembali pada Allah yang Maha Bijaksana.

Menjelang 2022, PRU15 merupakan topik yang menjadi bualan ramai orang. PAS Terengganu bakal memasuki tahun ke 4 pemerintahan berjaya membawa rekod 18/20 manifesto telah ditunaikan. Bakinya pula akan diselesaikan sebelum PRU15.

Dalam kita berusaha memperkasa Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, jangan kita selesa sehingga gerak kerja parti sendiri menjadi perlahan. Ini kerana tahun 2022 akan mengukur prestasi dan penerimaan rakyat terhadap pemerintahan PAS di Terengganu.

Marilah semua para pemimpin, ulama, amilin dan amilat PAS untuk terus teguh pertahan dan suburkan bumi Darul Iman ini dengan panji Islam yang dibawa oleh PAS. Moga apa yang kita perjuangkan ini menjadi jawapan di hadapan Allah SWT kelak.

“Islam Menyatukan Ummah”


Yang Benar,

YB Senator Dato’ Haji Husain Bin Awang

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Ahli Dewan Negera

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...