Tentera Pro-kerajaan Yaman Tawan Semula Wilayah 'Kaya Minyak'


Pasukan yang setia kepada kerajaan Yaman menawan wilayah kaya minyak Shabwa daripada militia Houthi selepas satu pertempuran sengit.

“Selepas sepuluh hari konfrontasi bersenjata yang ganas, militan pemberontak Houthi telah diusir dari semua daerah Shabwa,” menurut kenyataan akhbar 'Briged Gergasi Selatan' pada hari Isnin bahawa mereka 

Pasukan itu mendedahkan bahawa operasi ketenteraan berskala besar dilancarkan dengan kerjasama pakatan pimpinan Arab Saudi menentang pemberontak di Shabwa.

Menurut sumber terbabit di Shabwa, tentera memasuki wilayah Ein, daerah terakhir yang dikuasai Houthi di Shabwa, dari tiga arah, membunuh berpuluh-puluh militan Houthi manakala yang lain melarikan diri.

Sumber tentera Yaman turut mengesahkan kepada agensi Xinhua, Houthi gagal menghadapi kempen ketenteraan yang besar dan terpaksa berundur dari kawasan strategik tersebut. 

Pengeboman yang diperhebat telah dilakukan oleh pakatan pimpinan Arab Saudi terhadap Houthi, memusnahkan kem mereka di Shabwa dan membolehkan pasukan pro-kerajaan memperoleh kemajuan ketenteraan di darat yang pantas, kata sumber itu.

Houthi yang disokong Iran membuat kemajuan besar di medan perang pada September 2021, menawan Bayhan dan kawasan penting lain di Shabwa selepas merampas al-Bayda dan kebanyakan kawasan Marib.

Yaman telah terperangkap dalam perang saudara sejak militia Houthi menguasai sebahagian besar negara secara ketenteraan dan merampas semua wilayah utara, termasuk ibu kota Sanaa, pada 2014.

Arab Saudi telah mengetuai pakatan tentera Arab, campur tangan di Yaman pada 2015 untuk menyokong kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi. 

Ulasan