17 Pasukan Rebut Piala Haji Fadhil


 Oleh : Arifuddin Alias

KUALA NERUS - Sejumlah 17 pasukan sedang bertarung merebut Piala Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Sebetang Takir dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Tertutup.

Menurut Pengarah Kejohanan Rozi Sakiman, asalnya 18 pasukan tetapi satu menarik diri pada saat akhir.

Katanya, pertandingan yang sudah bermula 18 Februari lalu, akan menggunakan format liga dan kemudian 'kalah mati'.

“objektif utama kejohanan adalah menggalakkan aktiviti sukan dan dapat mengisi masa dengan aktiviti sihat dan  berfaedah,” 

"Kita juga mensyaratkan mereka perlu menutup aurat ketika bermain dan mana-mana pemain yang melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kejohanan tersebut juga melibatkan pasukan jemputan daripada polis dan tentera.

Oleh itu, beliau berharap, setiap pasukan bermain dengan penuh semangat kesukanan dan ukhuwah 

"kita PAS tidak menghalang sesiapa ingin bersukan asalkan berlandaskan agama," tambahnya


Ulasan