800 Hadir Munaqasah Ucapan Dasar Presiden


Oleh : Fatimah Din 

KEMAMAN - Seramai 800 orang peserta  hadir mengikuti program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS yang diadakan secara 'hybrid' iaitu secara bersemuka dan atas talian. 

Dalam pembentangan Naib Presiden PAS, Senator Datuk Ustaz Idris Ahmad mengingatkan ahli-ahli supaya memberi pendidikan politik kepada ahli keluarga mereka. 

"Bila kita bercakap tentang undi 18 kita bercakap tentang anak cucu kita dahulu, 

"Allah telah beri formula, tanamkan kesedaran kepada orang terdekat, jangan kita bicara anak orang lain, kita bicara anak kita dulu," tegasnya. 

Munaqasyah kali ini diadakan di Dewan Sri Amar, Chukai pada Jumaat lalu. 

Manakala Ketua Penerangan PAS Malaysia YB Senator Ir. TS Haji Khairil Nizam berkata, jentera PAS perlu bertaqwa kepada Allah. 

"Setia dan taat kepada parti dan kepimpinan, perkukuhkan parti, memantapkan tarbiah, memantapkan organisasi, aktifkan jentera sehingga peringkat bawah dan persiapan calon yang berwibawa," ujarnya.

Beliau turut menggesa ahli-ahli jika ada sebarang masalah bincang dalam usrah masing-masing jangan bertanya di media sosial tentang dalaman parti. 

"Kenapa nak berbangga menjadi johan dalam bertanya tentang hal sebegitu dalam media sosial?," soalnya.

Ulasan