26 Februari 2022

Anak Bukan Liabiliti


DUNGUN - Ibubapa sepatutnya menjadikan anak-anak mereka  aset yang amat bernilai bukannya sebagai liabiliti yang menyusahkan.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD)  Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata mereka adalah penolong kita nanti samada di dunia dan di akhirat.

"Anggaplah mereka sebagai rakan dan bimbinglah mereka, jangan menjadikan mereka beban dan bahan untuk sumpah seranah," katanya.

ADUN Rantau Abang itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Prestasi dan Graduasi Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Az Zahra, Seberang Pintasan di sini pada Rabu, 23 Februari. 

Cikgu Alias turut mengingatkan, ibu bapa mestilah berhati-hati dengan setiap tutur kata dan tingkah laku   kerana mereka menjadi cermin kepada anak-anak.

"Kita kena ingat sumpah seranah itu yang keluar dari mulut kita adalah doa buat mereka, jadi hati - hatilah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...