ARC Batu Buruk Beri Sumbangan Kepada Dua Madrasah


Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU – Alternative Riding Club (ARC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah menyampaikan sumbangan kepada dua buah madrasah dalam program Konvoi Santai ARC Batu Buruk Ke Kenyir.

Ketuanya, Mohd Kazman Ishak berkata, beliau memberi sumbangan tersebut  ke Madrasah Darul Zahraa wa Tahfizi Quran dan Madrasah Darul Ansar di Kuala Berang. 

“Antara kelainan program ‘ride’ yang kita jalankan pada hari ini ialah kita menziarahi madrasah-madrasah untuk menyampaikan sumbangan bagi menampung pembinaan yang sedang dijalankan." ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas penyerahan sumbangan tersebut di Kuala Berang, pada Ahad, 13 Februari.

Pelepasan konvoi tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Buruk, Ustaz Mohd Soud Said di perkarangan pejabat MTD Batu Buruk, Kuala Ibai.

Menurutnya, seramai 20 orang peserta yang mengikuti rombongan pada kali ini.

 "Alhamdulillah, walaupun dalam cuaca hujan,  peserta berjaya dikumpulkan untuk ride bersama kami.

Di samping itu, beliau dapat mendengar pesanan dan nasihat daripada Mudir madrasah tersebut iaitu Ustaz Muhammad Abdullah (Ustaz Mad Kecik) dan Ustaz Kamaruzaman Abdullah.

Ulasan