09 Februari 2022

Ayuh Kaum Hawa! Meriahkan Mini Karnival


Oleh : Majidah Jusoh

MARANG - Kaum Hawa khususnya golongan wanita muda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong diseru hadir beramai-ramai memerahkan Karnival Wanita Sejahtera. 

Pengarahnya, Siti Solehah Sudin berkata, program yang akan diadakan pada 26 Februari adalah untuk meningkatkan kepekaan dan keprihatinan golongan terbabit terhadap dasar dan tawaran kerajaan negeri. 

"Dengan adanya program ini diharapkan juga dapat mengeratkan kerjasama yang baik dan erat antara agensi-agensi kerajaan, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN," katanya. 

Siti Solehah Sudin

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Karnival tersebut, di Dewan Terbuka Sena Rendang, semalam 8 Februari. 

Menurutnya, antara pengisian menarik adalah bual bicara Sembang Usahawan bersama 'Founder Zety Roses' dan  forum wanita. 

"Kalau nak cari keladi viral, datanglah ada dijual di sini dan kepada yang bertuah ada membawa balik hadiah, banyak hadiah menarik menanti pengunjung," jelasnya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...