23 Februari 2022

Belum Tentu Orang Muda Undi MUDA


KUALA TERENGGANU - Belum tentu parti MUDA akan dapat memikat hati anak muda Johor, walau pun Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan ditentukan oleh pengundi 18 tahun (U18).

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Terengganu, Ariffin Deraman berkata parti itu masih baru dan tiada pengalaman dalam politik 

“mereka baru bertanding kita akan tengok bagaimana kekuatan mereka nanti kerana Perikatan Nasional juga ada strategi serta kekuatam sendiri untuk menambat hati pengundi kali pertama ini." jelasnya

Beliau menyifatkan kelompok U18 adalah pasaran baharu dengan jumlah yang sangat besar.

"melebihi 300,000 yang akan menentukan nasib serta kemenangan kepada mana-mana parti pada PRN ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Bicara Khas PRN Johor, secara langsung di platform PAS Terengganu, pada Selasa 22 Februari.

Justeru kata Exco Kerajaan Terengganu itu, jumlah yang besar golongan terbabit memberi kesan yang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Beliau mendakwa PRN Johor sengaja  diadakan segera kerana sikap UMNO yang 'besar kepala' untuk kembali berkuasa.

“Tiada apa-apa masalah yang berlaku kerana kemenangan di Melaka sebelum ini maka mereka mengambil langkah untuk mengadakannnya di Johor,

“Pilihan Raya Umum (PRU) sebenarnya bila-bila masa sahaja boleh diadakan dari sekarang, sepatutnya diambil peluang oleh semua parti termasuk pemerintah supaya proses demokrasi dapat dilakukan,”ujarnya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...