04 Februari 2022

"Bukan Senang, Tetapi Tidak Susah"


Oleh : Syafiqha Sharuddin

KUALA TERENGGANU - Tugas yang diamanahkan kepada setiap orang, bukanlah kerja yang senang tetapi tidaklah susah untuk dilaksanakan.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan, Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu Haji Sazali Mohd Noor berkata, sebagai 'orang media' parti,  rasa bertanggungjawab akan mengatasi kesusahan yang dihadapi.

" Yang menjadi masalah sekarang ialah malas, jadi kita kena buang perasaan malas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Liqa Tautan Minda Wartawan Rakyat di Markas Tarbiah Kuala Ibai di sini semalam.


Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu Hajah Maznah Muftahuddin.

Sehubungan itu, Maznah di dalam ucapan ringkasnya berharap setiap Dewan Undangan Negeri(DUN) akan berjaya melahirkan sekurang-kurangnya seorang wartawan rakyat.

"Program sulung pembuka tirai tahun baharu ini dilaksanakan bagi menyelaraskan tugasan bagi setiap DUN agar mencapai Petunjuk Prestasi Utama(KPI) yang ditetapkan," jelasnya

Tiada ulasan:

Agenda Perpaduan Muslim Lebih Besar

KUALA TERENGGANU - Kedua-dua Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tegas menyatakan bahawa parti i...