17 Februari 2022

DPPKT FC 'Langkah Kanan' Dilaman Sendiri

 


Oleh : Afif Fidee

KUALA TERENGGANU - Kelab Bola Sepak Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT FC) memulakan cabaran Liga Mahabbah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu 2022 dengan 'langkah kanan'.

DPPKTFC berjaya membenamkan cabaran Kelab Bola Sepak Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu (DPPKHT FC) dengan jaringan 2-1, pada Selasa 15 Februari. 

Perlawanan tersebut yang berlangsung  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dirasmikan oleh Ketua Pemuda DPPNT, Ustaz Mohd Harun Esa,selaku 

Tuan rumah tangkas menyerang, seawal minit ke-10, Abdul Rahman Che Mat membuka tirai gol perlawanan setelah mendapat lorongan daripada  Ahmad Faruqi Ismail.

Beliau berjaya menggelecek dua pertahanan Pasukan DPPKHT FC sebelum membuat rembatan kencang yang mengegar jaring gol.

Ketinggalan satu gol, DPPKHT FC bertindak menyerang bertubi-tubi dan  hasilnya pada minit ke-30, Mohd Hafizuddin Alam Shah mencetak gol penyamaan.

Skuad DPPKT FC terus mengawal permainan dan kedudukan kekal sehingga separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, DPPKHT FC hampir mendahului tuan rumah tetapi peluang yeebuka itu disia-siakan oleh pemain pasukan DPPKTHT FC.

Akhirnya oada minit ke-50, Luqman Hakim berjaya mengumpan bola yang disempurnakan oleh Mohd Zaidi Aziz dengan rembatan kencang untuk gol kedua DPPKT FC.

Tuan rumah hampir menambah jaringan pada minit ke-64, bagaimanapun lorongan Ahmad Jazlan tidak berjaya disudahkan oleh Luqman Hakim.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...