PAS Dan PN Mahu Menang Di Johor


KUALA TERENGGANU - Penyertaan PAS bersama  Parti Komponen dalam Perikatan Nasional (PN), BERSATU dan Gerakan telah bersetuju menggunakan satu lambang sebagai strategi untuk menang  Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman  berkata, pembahagian kerusi di antara komponen berkenaan akan ditentukan  secara muktamad, secara rasmi. pada malam esok. 

“Sehingga hari ini ada 14 kerusi telah selesai diagihkan, akan ada beberapa lagi kepada kita, dengan kaedah pada kali ini adalah sangat berbeza dimana calonnya adalah PAS tetapi menggunakan satu jentera sahaja iaitu PN.

“pada kali ini kita mengharapkan agar tenaga bantu kita  dapat menerima segala kelebihan atau kekurangan jentera tempatan yang akan kita garapkan menjadi suatu kekuatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Khas PRN Johor disiarkan secara langsung atas talian melalui laman sosial PAS Terengganu, pada Selasa 22 februari.

Namun begitu, beliau yang Exco Kerajaan Terengganu berpandangan, PRN tidak sewajarnya diadakan dalam tempih yang sangat hampir kepada PRU Ke-15. 

“kita boleh membuat pelbagai andaian terutama kepada sikap Umno itu sendiri, setelah mereka menang besar di Melaka kini mereka juga sedang berusaha untuk membawa satu perubahan, mengharapkan agar memperolehi kemenangan yang besar sekali lagi.

“Gerakan ini juga mungkin dilakukan di kubu kuat mereka pula selepas ini seperti di Perlis, Pahang dan mungkin lain-lain.' tegasnya. 

Justeru beliau yakin, PAS bersama PN akan menang dan menafikan atau mengalahkan Pakatan Harapan dan Juga Barisan Nasional (BN) itu sendiri. 

Ulasan