Munaqasyah Secara 'Hybrid'


KEMAMAN - Semua ahli PAS negeri Terengganu diseru beramai-ramai mengikuti program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang diadakan secara 'hybrid', fizikal dan atas talian.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB  Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, acara ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan di setiap negeri.

"Dewan Seri Amar Chukai merupakan lokasi berlangsung program Munaqasyah ucapan Dasar Presiden

"Jadi saya harap semua pimpinan di peringkat negeri, kawasan, Majlis Tindakan DUN (MTD) dan cawangan semua dapat mengikuti perjalanan Munaqasah Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden yang bakal disampaikan oleh YB Senator Dato' Ustaz Haji Idris Ahmad," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, semalam, selepas meninjau persiapan terakhir yang akan diadakan pada hari Jumaat, Di Dewan Seri Amar, Kemaman.

Turut sama ialah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud bin Said dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood.


Menurutnya, program ini akan bermula selepas solat fardu jumaat.

Beliau menambah, Naib Presiden PAS, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris Ahmad akan menyampaikan ucapan perbahasan munaqasyah bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Yang Berhormat Senator Ir. Haji Khairil Nizam Kamaruddin.

Terdahulu, Muktamar PAS Pusat dibuat di Duyung Marina & Resort pada  November yang lalu.

"Tema "Islam Menyatukan Ummah" sebagai kesinambungan parti itu sebagai sebuah jamaah yang menyatukan," ujarnya.

Justeru itu beliau berharap agar ahli  PAS melibatkan diri dalam program yang sangat bermakna ini.

"Jangan lupa esok selepas jumaat pastikan kita wajibkan untuk hadir samada secara fizikal mahupun maya," tegasnya lagi.

Sementara itu, Setiausaha kerja Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Idris Halim berkata, semua peserta diminta mendaftar secara atas talian melalui pautan, https://sispro.pas2u.net/terengganu/aktiviti/negeri/daftar/borang/11/PAS3

Katanya, semua ahli PAS yang berhasrat untuk mengikuti Munaqasyah melalui webinar perlu mendaftar melalui pautan tersebut.

"Peserta Webinar perlu daftar juga kemudian selepas pendaftaran diterima pautan webinar akan dihantar apliksi whatApps kepada mereka.

"Jadi kena daftar awal supaya dapat diproses dan dapat menerima pautan webinar secepat yang mungkin," katanya.


Ulasan