Muslimat Marang Anjur Kem Teknik Menjawab SPM


 Oleh : Fatimah Din

MARANG - Dewan Muslimat PAS Marang (DMPKM) membantu calon persendirian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan ini dengan menganjurkan Kem Teknik Menjawab Soalan.

Naib Ketuanya, Faridah Omar berkata program tersebut membolehkan pelajar terbabit layak mendapat sijil SPM untuk masa depan mereka.

"Keadaan hari ini calon persendirian mengambil peluang disebabkan pelajar sekolah swasta perlu mempunyai sijil SPM,

“kami berharap calon-calon buat yang terbaik dan ambillah apa yang telah diberi cara-cara menjawab seperti mana yang telah diajar oleh Cikgu tentang cara menjawab dengan betul." ujarnya.

Beliau berkata dmikian selepas program tersebut di di Dewan Maahad TahfizAs-Syatibi pada Ahad 20 Februari.

Menurutnya, seramai 30 orang calon SPM dari Maahad itu akan menduduki peperiksaan pada bulan Mac nanti.

“Moga calon-calon SPM ini diberi kelapangan dan kemudahan untuk menjawab peperiksaan nanti.” tambah beliau.


Ulasan