12 Februari 2022

PAS Bukan Ekstrem Melayu


KEMAMAN - PAS bukanlah parti yang rasis dan ekstrem Melayu sebaliknya mementingkan perpaduan antara semua kaum dan agama.

Ketua Penerangannya, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, ia diakui sendiri oleh ramai bukan Melayu di Pantai Barat dan rakan-rakan media. 

"Mereka tidak nampak lagi PAS ekstrem, pada mereka penceramah DAP tidak lagi relevan, mereka nak tengok  apakah PAS mampu,

"menggantikan Barisan Nasional(BN) yang korup atau mereka terpaksa lagi memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan(PH) untuk memerintah pada masa akan datang, " jelasnya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap di Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di sini semalam. 

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato Husain Awang berkata PAS Terengganu tetap menjunjung pendirian dan langkah yang diambil oleh Pusat ke arah kerjasama politik dan pembinaan Perpaduan Umat Islam dan juga di kalangan bukan Islam yang tidak ekstrim

Katanya, PAS Terengganu  terus tegas mempertahankan kerusi yang dimenangi sekalipun berhadapan lawan pelbagai bentuk dan akan tetap mempertahankan 2/3 kerusi DUN yang dimenangi sekarang. 


"Kita semua dapat membaca dan menilai apa yang rakyat mahu sekarang, rakyat mahu pemimpin yang berintegriti dan amanah, 

"berani membuat perubahan daripada dasar yang tidak lunak kepada Islam kepada dasar yang lebih Islamik.

"Rakyat mahu kedaulatan negara dan maruah bangsa dan kesucian agama dipertahankan, dikekalkan malah diperkasakan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...