PAS Dungun Simpati Mangsa Kebakaran Taman Islam

 


KEMAMAN -  PAS Dungun melahirkan rasa simpati kepada mangsa kebakaran Taman Islam, Kemaman   dengan turut menyerahkan sumbangan dalam membantu meringankan beban mereka. 

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan nya, Zakariah Yusoff berkata sebanyak RM10, 000 telah berjaya disumbangkan. 

"Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada empat DUN(Dewan Undangan Negeri) di Dungun iaitu Bukit Besi Rantau Abang, Sura dan Paka," jelasnya ketika dihubungi pagi tadi. 

Beliau yang mewakili Yang Dipertua PAS  Dungun, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah  menyampaikan sumbangan kepada wakil guru pusat pengajian Islam di sini pada 14 Februari. 

"Semoga warga penduduk Taman Islam Kemaman tabah menghadapi ujian ini. Didoakan semoga Allah swt limpahkan rezeqi dan dipermudahkan segala urusan," ujarnya.

Ulasan