11 Februari 2022

PAS 'Jernihkan' Politik Tanah Air


KEMAMAN – Peranan besar dimainkan PAS mampu menjernihkan dan meredakan kekeruhan politik tanah air.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, parti itu akan menjadi pendamai terhadap suasana siasah yang tidak stabil dalam negara ini.

“Dalam menjayakan agenda tersebut, kita memerlukan kesungguhan bagi memastikan ia terlaksana, " jelasnya. 

Tambah beliau, ketika PAS 'berta' awun', berkawan dengan PKR dulu, pemimpin dan ahli parti berjiwa besar.

“Kini, kita berkawan (bertahaluf) dengan Umno, kita kena bersabar, kita berkawan dengan Bersatu juga kena berjiwa besar.


“Kita kena sabar dengan kerenah mereka,” ujarnya ketika membentangkan Kertas Kerja Ucapan Dasar Presiden PAS semasa Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Dewan Sri Amar, Chukai, di sini hari ini. 

Disamping itu, kata beliau, setiap anggota PAS juga mesti mengelakkan sebarang perpecahan sama ada kerana sikap tamak, pentingkan diri atau dendam kesumat.

Jelas Idris, PAS wajib menghadapi PRU-15 dengan usaha perpaduan yang dibina hari ini.

“Kita tetap bergerak kearah itu, orang nak terima tak nak terima terpulang,” katanya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...