PAS Lupakan 'Penindasan', Bersama Umno Demi Perpaduan


HULU TERENGGANU - PAS melupakan segala sengketa lama termasuk 'penindasan' kerajaan Persekutuan kepada Terengganu pada tahun 1999,p demi melihat umat Islam dan kaum Melayu bersatu.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, agenda perpaduan yang dibawa PAS hari ini tidak akan berlaku sekiranya memikirkan tentang dendam.

"Presiden PAS adalah orang yang layak bercakap tentang dendam, zaman beliau menjadi Menteri Besar, royalti minyak yang ketika itu 85 peratus menjadi sumber utama kerajaan tidak diberi menyebabkan segala perancangan terbantut.

"Kalau kerana dendam kesumat, tentu Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak membawa agenda perpaduan.

"Jika kerana dendam, saat UMNO tersungkur dalam PRU14 lalu, PAS tidak akan menghulurkan tangan persahabatan sebaliknya terus membiarkan UMNO jatuh," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana PAS Terengganu di 

Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini semalam.

Namun, beliau yang juga ADUN Tepoh Ustaz berkata, semua itu diketepikan demi kepentingan ummah.

"Walaupun dilakukan sebegitu rupa PAS tidak berdendam, sebaliknya terus menghulurkan tangan, duduk bersama dan mengangkat UMNO semasa mereka jatuh.

"Ini agenda penting, sebab itu sehingga sekarang kita masih berusaha membawa penyatuan ummah dalam negeri dan juga negara," tambah beliau.

Ulasan