24 Februari 2022

PAS Terengganu Teguh Pertahan Kemenangan


KUALA TERENGGANU - Melalui strategi ‘Teguh Pertahan’ PAS negeri yakin akan mempertahankan dan meningkatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman berkata, untuk itu segala persiapan dan persediaan telah dilakukan bagi mengekalkan dan menokok jumlah kerusi dimenangi pada PRU lalu. 

“sebenarnya kalau kita menang 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) kita sebenarnya sudah mencapai 2/3 majoriti, maksud ‘Teguh Pertahan’ kita letak target untuk menang lebih besar lagi dan kita sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja.

“Apabila Ahmad Said mengisytiharkan bahawa telah tiada Muafakat Nasional (MN) menyebabkan kita melakukan persiapan untuk mempertahankan kerajaan kita ini dengan berusaha sedaya upaya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Khas PRN Johor, disiarkan secara langsung melalui laman sosial PAS Terengganu, di sini, pada Selasa 22 Februari.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, PRN Johor mempunyai impak kepada hala tuju masa depan politik di Malaysia. 

Namun katanya, ada beberapa indikator yang tersendiri, dimana akan berlaku implikasi, tetapi tidak semudah perkataan untuk disimpulkan. 

"adanya percaturan walaupun kita cuba pertahankan PN dan Muafakat Nasional (MN) tetap juga berlaku pertembungan.

“Sebenarnya kesefahaman masih boleh dibina dan dipupuk kerana kita melihat kerajaan yang ada pada hari ini sebenarnya sangat stabil," jelas beliau. 

Sekiraya tidak ada keserasian diperingkat persekutuan, menurut beliau, tentu sudah lama kerajaan yang mentadbir negara, bubar. 

Tiada ulasan:

Agenda Perpaduan Muslim Lebih Besar

KUALA TERENGGANU - Kedua-dua Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tegas menyatakan bahawa parti i...