15 Februari 2022

Rai 18 'Birthday Girl'


Oleh : Fahmi Izzuddin Hashim 

SETIU - Seramai 18 orang 'Birthday Girl' yang dilahirkan di dalam bulan Februari telah diraikan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu (DMPKS) dalam satu majlis ringkas tetapi bermakna. 

Ketuanya Wan Ramlah Wan Ab Rahman berkata, program tersebut adalah bertujuan  untuk berkenal lebih dekat dan juga merapatkan ukhuwah sesama kaum hawa 

"Kali kita pilih tiga buah kampung terlibat iaitu Kampung Bari Kecil, Bari Besar dan Taman Hijrah", katanya 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut  yang diadakan di Balai Raya Kampung Bari Besar di sini pada 13 Februari. 

Program anjuran Lujnah Kebajikan yang dipengerusikan oleh Nor Azlin Farilah Hashim@Abas yang juga isteri Ahli Parlimen Setiu itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah 3, Majlis Tindakan DUN Permaisuri, Yunus Sulaiman.

"Ini adalah program kali ke dua yang diadakan selepas UDM Kampung Bintang bagi DUN Permaisuri dan untuk akan datang akan diadakan di lokasi lain,c insya-Allah, " ujarnya. 

Sebelum berakhirnya majlis, telah diadakan sesi memotong bersama - sama.

Tiada ulasan:

Agenda Perpaduan Muslim Lebih Besar

KUALA TERENGGANU - Kedua-dua Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tegas menyatakan bahawa parti i...