Rakyat Mata Rantai Kerajaan


Oleh :Fatimah Din

MARANG - Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diseru supaya menjadi mata rantai, menyebar maklumat kejayaan dan insentif prihatin rakyat kerajaan negeri Terengganu kepada  semua. 

Ketuanya To' Puan Zarani Othman berkata, Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB),  Muslimat PAS  Terengganu telah pun turun ke seluruh pelusuk negeri, memberi kefahaman kepada para petugast dan agen penerangan berkenaan Bajet 2022. 

"Ini tak lain dan tak bukan supaya kita memahami bajet negeri Terengganu dan dapat disampaikan kepada sahabat, jiran tetangga dan sebagainya," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah 'Isu Semasa Bajet 2022' yang dianjurkan oleh LPMB, Dewan Undangan Negeri(DUN) Pengkalan Berangan di Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Al-Mukmin  di sini pada 6. Februari.

Beliau turut memuji kehadiran muslimat  yang ramai membuktikan mereka berminat untuk mengetahui isu-isu  bajet 2022 Negeri. 

"Peruntukan banyak disediakan untuk wanita dalam bajet Negeri Terengganu 2022 yang sebenarnya untuk membantu wanita Terengganu supaya lebih berdikari, berdaya saing dan boleh menikmati hasil Terengganu," ujarnya lagi

Ulasan