18 Februari 2022

Rejab Bulan Latihan


Oleh : Abas Danny

KUALA TERENGGANU - Antara bulan-bulan haram dalam Islam ialah bulan Rejab, merupakan tempoh latihan individu  dengan pelbagai amalan sebelum menghadapi bulan ibadah, iaitu Ramadan.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Terengganu, YB Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ia sangat sesuai untuk meningkatkan kepatuhan kepada Allah. 

Menurutnya, antara yang di sarankan ialah membaca al-Quran, berpuasa dan solat sunat serta bersedekah.

“ Perbanyakkan amalan di bulan Rejab. Biasakan diri kita dengan membaca al-Quran, berpuasa dan sembahyang sunat serta perbanyakkan sedekah. 

"Selain ianya mendapat pahala di sisi Allah SWT, kita juga  membuat persiapan diri sebelum bertemu bulan Ramadan yang dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai ganjaran," jelasnya semalam. 

ADUN Bandar itu berkata demikian ketika ditemui di kelas pengajian Al-quran Kampung Tok Ku.

Tambah beliau, umat Islam mengamalkan doa yang diajar oleh para ulama untuk dipertemukan dengan bulan Ramadan.

“Selalulah berdoa dengan menyebut ‘ Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadan ’. 

"Walaupun ianya bukanlah doa yang dilafazkan oleh Nabi SAW, namun ianya sangat baik untuk diamalkan,” katanya. 




Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...