07 Februari 2022

Sempurnakan Hijabmu Wahai Wanita


KUALA TERENGGANU - Terengganu Hijab Day (THD) kembali lagi tahun ini bertemakan slogan “Sempurnakan Hijabmu”, sebagai kerja dakwah menyatukan hati wanita Muslim

Pengarah Ameerah Terengganu, Asma Abdullah berkata, ia disambut saban tahun pada 1 Februari, bersempena penghayatan bulan Rejab sebagai persediaan menuju Ramadan.

“Ameerah Terengganu melancarkan Hari Hijab sebagai menyahut seruan penghayatan bulan ibadah.” ujarnya

Asma berkata demikian ketika ditemui bersama misi banjir di Kampung Insaf Lancang Pahang, pada Jumaat 4 Februari. 

Oleh itu, beliau berharap agar semua muslimah supaya menyambut bulan yang mulia itu dengan sebaiknya.

"Saya menyeru kepada semua untuk menyambut dan bersama-sama memeriahkan dan menghidupkan bulan ini sebagai bulan yang menjaga syariat.

“Di samping negeri Terengganu yang menyokong penuh pelaksanaannya dari segi hijab dan aurat wanita,” katanya.

Menurut beliau, negeri Terengganu denga moto Maju, Berkat dan Sejahtera berusaha untuk menjadi negeri yang menjaga syariat Islam sebaiknya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...