Semua Bahagian Parti Kena Buat Berita


KEMAMAN - Lujnah Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengarahkan semua bahagian parti di semua peringkat membuat berita mengenai aktiviti unit masing-masing berkuatkuasa serta merta.

Ketuanya, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata,  ia bertujuan menyebarluaskan maklumat parti kepada pengundi di seluruh negeri tersebut. 

"Semua bahagian diarahkan membuat berita masing-masing contoh DUN dan Pemuda membuat berita serta menghantarnya kepada Pegawai Media untuk tujuan tersebut.

"Ameerah umpamanya, jika dia membuat aktiviti ziarah orang baru bersalin dan orang sakit, dia kena hantar beritanya kepada Pegawai Media," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Retreat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah dan Pegawai Media di Darul Iman Training Centre (DITC) di Telok Kalong di sini semalam. 

Turut hadir Pengarah UPDI,  Ustaz Mohd Soud Said dan Pegawai Eksekutif DITC, Suhaimi Embong. 

Ustaz Hishamuddin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,  Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri berkata,  dalam soal tugasan menulis berita itu,  beliau mengambil sudut positif terlebih dahulu lebih dari sudut negatif. 

"Dalam apa juga aktiviti kita cuba mengambil sudut positif dulu supaya kerja perjuangan berjalan dengan lancar," katanya. 

Ulasan