02 Mac 2022

80 Sukarelawan PAS Sertai Musi Pasca Banjir


Oleh : Hidayat Ibrahim 

KEMAMAN - Seramai 80 orang sukarelawan menyertai ๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kemaman u๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ DUN ๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ต yang dilanda banjir. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Syed Syahrunuddin Syed Mohd Sah berkata, Pemuda, Muslimat dan Ameerah terlibat dengan program bantuan pembersihan  itu. 

"Kerahan telah diarahkan untuk turun membantu semua mangsa banjir yang terlibat sejurus sahaja air telah mulai surut di sekitar Kawasan Kemaman.

" Mereka membantu daripada pelbagai aspek bagi memudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir, " jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kerja-kerja pembersihan masjid di sini pada 28 Februari lalu. 

 


“ Air dalam masjid takat pinggang telah ditengelami akibat banjir dan pemuda telah masuk hari kedua datang bagi membantu kerja-kerja pembersihan disini," ujarnya. 

Katanya, masjid menjadi tempat utama untuk dibersihkan  kerana untuk memudahkan orang ramai beribadat.

"Insya-Allah hari ketiga selepas selesai pembersihan masjid akan membantu rumah-rumah orang kampung disini apatah lagi terdapat banyak juga kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat disini.” tambahnya. 

Misi itu turut dibantu juga oleh agensi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan Majlis Perbandaran Kemaman turut serta dalam

Hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua PAS  Kemaman, Hanafiah Mat, Naib Yang Dipertua, Ustaz Hazri Jusoh,  Pengarah Majlis Tindakan(MTD) Kemasik, Ir Saiful Azmi, Pengarah MTD Air Putih, Abd Razak Ibrahim, Ketua  Muslimatnya Ustazah Fainah Mat dan  Ketua Dewan Ulama, Ustaz Nik Nasri Nik Malek.


Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...