10 Mac 2022

Cikgu Lan Berpolitik Untuk Kebajikan Rakyat


MERSING - Calon Perikatan Nasional (PN) N33 Tenggaroh, Cikgu Roslan Nikmat  melibatkan diri dengan politik semata-mata untuk menjaga kebajikan rakyat sebagai bekalan di akhirat nanti.

Beliau berkata, Rasulullah SAW ada berkata “Barangsiapa yang turun dari rumahnya untuk menolong orang maka itu lebih baik daripada beriktikaf di Masjid selama sebulan”.

"Bagi saya itulah habuan terbaik buat saya, saya hendak tolong orang kampung, selesai kan masalah mereka, " ujarnya.

Cikgu Lan yang juga  Yang Dipertua Parti Islam PAS Mersing berkata demikian dalam bual bicara bersama Menteri Agama, Senator Ustaz Idris Ahmad di Felda Nitar 2 di sini dan disiarkan secara langsung di media sosial miliknya semalam.

Sebelum itu, beliau telah bertemu dengan penduduk dan peniaga di tapak Pasar Malam Felda Nitar 2 yang menyambut baik kehadirannya.

"Saya sentiasa berusaha untuk mendalami setiap apa yang dirasakan oleh para peniaga setelah  dua tahun berada di dalam pandemik Covid 19 mengakibatkan perniagaan yang yang diceburi terjejas. 

"Perikatan Nasional  berikrar dengan menawarkan Skim Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS), Pengecualian Bayaran Lesen Perniagaan dan Pengurangan Bayaran Lesen dan  Sewa Tapak Perniagaan," katanya yang amat bersimpati dengan nasib mereka.


Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...