07 Mac 2022

Cikgu Mala Layak Dipilih Jadi Wakil Rakyat


Oleh: WR Fatimah Din

SEKIJANG - Calon perikatan Nasional DUN Kemelah, Normala Sudirman  layak dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. 

Seorang penduduk, Salmi Jusir, 40 ketika ditemui di ladang getah Felcra berkata, beliau sesuai dipillih menjadi ADUN kerana perwatakannya bagus, peramah, suka bantu orang, dan selalu ada di saat dalam kesusahan.

"Saya telah pun mengenali cikgu Mala sudah lima tahun. Sentiasa menjadi penghubung kepada cikgu Mala berkaitan kebajikan kampung seperti ziarah dan sebagainya," jelasnya ketika ditemui, semalam.

Salmi seorang yang sepenuh masa bersama suaminya menjadi penoreh getah berkata, suasana ekomoni sekarang tidak menentu tertutamanya selepas seluruh dunia di landa Covid 19.

"Dulu harga getah murah, sekarang naik sikit.Sekarang ada harga senang sikit," katanya yang berpengalaman menjadi penoreh getah sejak lima tahun ini. 

Selain itu, Puan Salmi dan suami menjadikan kerja penoreh getah ini sebagai sumber pendapatan utama keluarga. 

Oleh itu, beliau menyeru seluruh warga DUN Kemelah untuk buat keputusan yang bijak memilih Cikgu mala pada hari pembuangan undi 12 Mac nanti.

"Buatlah keputusan yang bijak. Undilah cikgu Mala wakil parti Perikatan Nasional (PN) untuk bawa perubahan," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Agenda Perpaduan Muslim Lebih Besar

KUALA TERENGGANU - Kedua-dua Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tegas menyatakan bahawa parti i...