Dua isu DUN Tengaroh Perlu Diselesai Segera


MERSING - Dua masalah utama yang di hadapi oleh para penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh terutama di kawasan tanah rancangan Felda, perlu diselesai segera.

Calon Perikatan Nasional (PN), Cikgu Roslan Nikmat berkata, beliau menerima aduan warga DUN tersebut,  antaranya ialah jalan yang gelap pada waktu malam di kawasan Felda.

"Ya! memang betul waktu perjalanan pergi dan balik memang sangat gelap. Jadi kenapa sebelum ini pihak berwajib tidak memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah jalan yang gelap.

(Gambar; Cikgu Lan ketika menziarahi penduduk Felda Tenggaroh Lima pagi ini)

"Saya juga dimaklumkan kerap berlaku kemalangan di kawasan tersebut," jelasnya.

Beliau berkata demikian secara langsung secara atas talian melalui 'facebook' https://fb.watch/byp3sGLik5/ pada semalam.

Justeru itu ikrarnya, segala rayuan dan permintaan rakyat akan diselesaikan dengan segera sekiranya diberi amanat menjadi wakil rakyat.

"Bagi saya isu api jalan adalah perkara asas sepatutnya sejak dulu lagi tapi kalau tahun 2022  ini masih ada lagi jalan tidak ada api, saya rasa lemahlah dari segi pengurusan untuk membantu  rakyat," ujarnya.

Sementara itu, beliau akan berusaha menyediakan satu pusat dialisis untuk kemudahan penduduk di kawasan ini yang menghidap penyakit buah pinggang.

"Saya dimaklumkan juga di Tenggaroh ini terdapat ramai masyarakat setempat yang telah mendapat penyakit buah pinggang. Ratusan juga.

"Jadi mereka terpaksa pergi ke pusat diaisi samada di Mersing ataupun Kota Tinggi. Bagi saya sangat jauh perjalanan pergerakan Tengaroh ke tempat tersebut," katanya.

Beliau turut mempersoalkan, apa salahnya kalau sekiranya diusahakan agar ditubuhkan ada satu pusat tersebut.

"Sedia maklum kalau orang mendapat pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan buat dialisis satu minggu adalah  tiga kali," tambah beliau lagi. .  

Ulasan