Kerusi KN Bukan Lagi Milik PAS


PAS Kawasan Kuala Nerus (KN) menerima maklum berkenaan pendirian YB Ahli Parlimen Kuala Nerus yang memilih untuk tidak lagi menjadi ahli PAS yang dengan ini secara otomatis mengakibatkan kerusi Parlimen bagi Kuala Nerus tidak lagi menjadi milik Parti PAS.

Adalah difahamkan bahawa semasa YB menjadi Ahli Parlimen bagi Parti PAS, terdapat beberapa orang Pegawai yang dilantik untuk berkhidmat dengan YB dan menikmati sumbangan daripada YB. 

Berikutan keputusan yang telah dibuat, maka adalah diharapkan pegawai-pegawai berkenaan tidak lagi berkhidmat kepada YB atas nama parti.

Sebarang perkara yang berbangkit berkaitan dengan parti hendaklah selepas ini dirujuk terus ke Pejabat Parti - PAS Kawasan Kuala Nerus.

PAS Kawasan Kuala Nerus mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas apa jua jasa dan sumbangan YB selama menjadi Ahli Parlimen bagi Parti PAS di Kawasan Kuala Nerus.

PAS Kawasan Kuala Nerus juga akan meneruskan sebarang usaha baik yang telah dilaksanakan sekadar termampu dan jika masih dirasakan perlu. 


Semoga kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Sekian, Wassalam.


Muhammad Shukrimun Shamsudin

Yang Dipertua PAS Kawasan

17 Mac 2022 | 15 Sya'ban 1443h

Ulasan