‘Lebih Mahal Tali Dari Beruk’

 


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU –  Kos pembaikian keseluruhan projek Taman Ilmu, di Tembila, Besut disifatkan ‘lebih mahal tali dari beruk’ kerana jumlah membaik pulihnya dianggarkan sebanyak RM 400 juta melebihi nilai pembinaan asal, RM300 juta.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, pembangunan pusat pengajian tinggi bersepadu itu terbengkalai sejak tahun 2008 lagi.

"Jadi pihak kerajaan PAS ambil keputusan   dan hasil perbincangan untuk kita wujudkan di tempat lain  serta kos dia lebih rendah daripada kos pembaikian taman ilmu  itu sendiri.

"Kerajaan PAS telah meluluskan sebidang tanah 300 hektar  di Durian Mentangau dan akan dibina bangunan baru untuk mengantikan Taman Ilmu ini," jelasnya.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dalam sidang DUN, di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihak kerajaan negeri sedang membuat kajian untuk membuat  potensi Taman Ilmu ke arah pembangunan yang bersesuaian apabila kes mahkamah selesai.

“Pihak kerajaan negeri dalam  membuat tawaran kepada kontraktor menawarkan  sebanyak RM24 juta untuk  melaksanakan kerja-kerja pembaikian  bangunan kediaman pelajar.

"Yang mana kawasan pembangunan Taman Ilmu sekarang ini diguna pakai pihak UNiSza untuk kampus," ujar beliau.

Ustaz Satiful menambah, hanya sebuah masjid sahaja yang beroperasi sehingga kini di kawasan tersebut.

Justeru itu, beliau berharap kerajaan PAS manfaatkan projek pembangunan terbiar sebelum ini yang mana diguna pakai untuk pendidikan khususnya Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)  dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI).


Ulasan