09 Mac 2022

PAS, Khidmat Malaysia Bantu Agih Air

 


BESUT - PAS Hulu Besut bersama Khidmat Malaysia telah mengagihkan air bersih kepada lebih 120 keluarga yang terputus bekalan akibat banjir baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD)  Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, paip air Syarikat Air Terengganu (SATU) telah terputus di Kampung Keruak.

"Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sejak beberapa hari lepas dan dijangka akan siap dalam masa beberapa hari lagi." ujarnya.

Menurutnya, walaupun pihak SATU  mengambil inisiatif mengangihkan air melalui lori tangki, namun bekalan ia masih tidak mencukupi. 

"sebahagian penduduk pergi ke sungai untuk mandi tetapi air yang dibekalkan tidak mencukupi untuk keperluan masuk tandas dan sebagainya.' kata beliau.


Oleh itu kata beliau, MTD Hulu Besut dan Khidmat Malaysia telah  memunggah air ke rumah-rumah orang tua dan Orang Kurang Upaya (OKU) 

"Hari ini lebih banyak pacuan empat roda yang turun untuk membantu mengangkut air. 

"Alhamdulillah lebih banyak rumah yang kita dapat hantar air hari ini." jelasnya.

Cikgu Solah berharap agar kerosakan paip terbabit dapat diperbaiki segera.

"Saya harap kontraktor satu dapat siapkan secepat mungkin kerja-kerja pembaikan supaya kehidupan penduduk di Kampung Felcra Keruak dapat seperti sedia kala." tambahnya.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...