PASTI Bestari Zainal Abidin Perlu Sumbangan Orang Ramai


 Oleh : Arifuddin Alias 

KUALA NERUS – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari Zainal Abidin, Gong Badak memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan bangunan baharu di Kubang Badak untuk menampung lebih  ramai lagi kemasukan pelajar di institut tersebut.

Timbalan Pengarah PASTI Negeri, Engku Hafiz Engku Aziz berkata, perkembangan terkini pembangunan yang dibina sudah mencapai 40 peratus pembinaan yang mana menelan kos RM200,000.

“Kita memerlukan keseluruhan sebanyak RM400,000 dan sempena majlis hari ini kita berharap dengan kerjasama lebih banyak pihak serta lebih ramai golongan datang untuk membantu bagi pembinaan bangunan baharu ini.

"Dengan bangunan baharu nanti dapat menampung lebih 400 pelajar dengan fasiliti-fasiliti yang baik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program  Anugerah Prestasi PASTI di Dewan Sivik, Tok Jembal, pada semalam.


Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, PASTI yang ditubuhkan untuk melahirkan generasi yang memahami Islam.

“Kekuatan pendidikan PASTI terbina dari tiga teras utamanya iaitu Al-Quran dan Hadis, guru-guru yang ikhlas dan ibu bapa.

"Gandingan ibu bapa penting dalam membina peribadi anak-anak yang soleh solehah bahkan perlu sentiasa memberi sokongan kepada guru dalam menyediakan pendidikan secara forma,” katanya dalam ucapan majlis perasmian.

Justeru itu, beliau berharap agar pelajar PASTI membina kejayaan dalam pelbagai bidang seperti bidang agama, sukan dan akademik.

Ulasan