07 Mac 2022

Pengundi Tenggaroh Sokong Melayu Islam


MERSING - Rata-rata pengundi DUN Tenggaroh mahukan wakil rakyat  Melayu Islam yang akan  membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Seorang penduduk, Ya'akob M Thani, (Gambsr atas) 65 berkata, beliau akan memberi undi kepada calon Perikatan Nasional(PN) kerana telah banyak perubahan positif untuk membantu rakyat.

"Dah lama kawasan kita ini diwakili oleh orang bukan Islam yang kurang memahami sensitiviti orang Islam kita," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia(PAPISMA) ke rumahnya di Felda Nitar 1, pada Sabtu  5 Mac. 

Sementara itu, Hanisah Othman, 73 berkata, sebelum ini beliau tidak tahu langsung siapa calon, asalkan Barisan Nasional (BN).


"Tetapi kali ini, mak cik dah tahu, calonnya dan tak sanggup nak mengundi calon bukan Islam," katanya penuh kekesalan sambil matanya bergenang. 

Beliau yang ditemui semasa ziarah Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) juga teruja dengan keprihatinan kerajaan  Terengganu yang menyediakan wad kelas tiga percuma, pencen rakyat dan Kad Sejahtera. 

Di samping itu juga, Ahli Jawatankuasa PAS Mersing, Mohd Shamsuddin Mat Deros berkata,  gelombang anak muda untuk melihat PN menerajui Johor amat ketara pada hari ini.

"Situasi menarik apabila calon BN masuk kedai kopi, anak-ank muda yang sedang minum akan keluar, 'signal' mereka tidak boleh terima calon BN," katanya.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...