11 Mac 2022

Pilih Calon Beraspirasi Islam dan Memahami Bangsa Johor


MERSING - Para pengundi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Johor, diseru untuk keluar mengundi dan memilih calon yang membawa aspirasi Islam dan memahami identiti bangsa Johor. 

Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mersing , Sheikh Fauzi Ali berkata sebagai bangsa Johor pastinya wakil rakyat yang sedia berkhidmat, prihatin dan menjaga kebajikan menjadi pilihan. 

"Saya mengajak pengundi Felda Nitar 1 dan 2 serta Tenggaroh 1,2,3 4,5 juga 6 memilih calon orang Melayu kita, yang amanah, cekap dan selalu menyantuni rakyat dan mesra rakyat," katanya. 

Seruan beliau yang lebih mesra ditegur oleh masyarakat di sekitar Felda Nitar 1 sebagai Cikgu Sheikh dalam satu rakaman video yang dikeluarkan malam tadi di rumahnya di Felda Nitar 1 di sini. 

Cikgu Sheikh yang juga Setiausaha PAS Cawangan itu menjelaskan, gugusan Felda Nitar dan Tenggaroh yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Tenggaroh sudah beberapa penggal diwakili oleh orag India sedangkan majoriti penduduk di sana adalah orang Melayu. 

"Tiba masanya demi bangsa Johor, mereka memilih calon N33, Tenggaroh, Roslan Nikmat atau Cikgu Lan sebagai wakil mereka yang mampu mewakili suara mereka nanti," katanya. 

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menyeru supaya pengundi - pengundi Johor yang berada di perantauan pulang untuk mengundi. 

"Memandangkan ramai pengundi Felda ini ramai berada di luar, saya merayu mereka balik menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dan memilih calon orang Islam yang prihatin rakyat.

"Cikgu Lan belum lagi dipilih menjadi wakil rakyat  tetapi  sanggup ke Tenaga Nasional Berhad(TNB), Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...