Platform Kumpul Pahala


DUNGUN - PAS menyediakan platform kepada masyarakat untuk mengumpul pahala dengan 'asbab' memilih parti Islam itu dalam pilihan raya.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Ustaz Wan Mazli Wan Dagang berkata, setiap sumbangan kepada Islam walaupun sebiji zarah akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. 

"Dengan memberi kuasa kepada PAS untuk memerintah tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah maka arak dan judi berjaya diharamkan. 

"Dengan sebab kita, perkara yang Allah haramkan  berjaya diharam, asbab kita, " katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika menyampaikan  tazkirah ringkas kepada para petugas Unit Daerah Mengundi (UDM) Che Lijah di sini pada Sabtu 26 Mac. 


Apatah lagi, katanya, jika mereka mengajak untuk mengundi parti yang melaksanakan perintah Allah. 

"Setiap setitik peluh yang mengalir, setiap langkah kaki dan setiap detik masa yang kita curahkan sudah tentu diberi ganjarannaya oleh Allah, 

"kerana kemenangan ini akan memberi impak kepada DUN, negeri dan juga negara," katanya. 

Program berkenaan diadakan di setiap UDM dan Che Lijah adalah lokasi kelapan dengan pengisian ziarah bersasar, 'Sekampit Beras, Seekor Ayam', ' Tuko Minyak Hitam Muto' dan 'Soup Kitchen'.

Ulasan