Johor Gelombang Pertama PN


SEKIJANG - Semua pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digesa mengundi Perikatan Nasional (PN) sekaligus  memula dan menggerakkan gelombangnya ke seluruh negara.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar,    mengajak rakyat Negeri Johor agar memilih PN kerana mempunyai integriti, jauh daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau turut menyeru para pengundi untuk melihat, perkembangan politik tanah air sejak 60 tahun berbanding sepanjang 22 bulan berada dalam keadaan 'hiruk-pikuk' di bawah kerajaan PH yang tidak stabil. 

Katanya, Kerajaan PN yang diterajui yang dipimpin oleh  Tan Sri Muhyiddin Yassin selama 18 bulan selepas itu, mengambil alih pemerintahan terpaksa berdepan dengan pandemik. 

"Tidak mudah sebenarnya untuk kendalikan pelbagai perkara yang kita tidak tahu tentang pandemik Covid-19, 


"tetapi saya lihat kepimpinan dan kebersamaan dalam organisasi kerajaan dan kestabilan yang wujud merupakan kunci yang digunakan sepenuhnya oleh Perdana Menteri waktu itu. 

“Dan itu merupakan satu pra-syarat untuk kita sampai pada hari ini berasaskan kepada apa yang telah dimulakan oleh YAB pada waktu itu," jelas beliau. 

Dr. Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terenganu berkata demikian dalan Wawancara Khas bersama calon DUN Kemelah, Cikgu Normala Sudirman pada Selasa 8 Mac. 

Oleh itu katanya, gabungan parti tersebut sepatutnya menjadi pilihan kepada rakyat bukan sahaja di Kemelah tetapi di seluruh negeri dan negara untuk keluar daripada siasah yang tidak menentu. 

“Saya nampak kepimpinan Tan Sri Muhyidin dalam mengemudi Perikatan Nasional dan mengemudi kedudukan dalam negeri dan negara  kita pertahankan. 

 "Saya amat berharap bangsa Johor ingat kembali bahawa kita ingin memastikan kemenangan bagi Perikatan Nasional di Negeri Johor dan bagi DUN Kemelah, calon nombor tiga. Sekali kita sebut calon nombor tiga iaitu Cikgu Mala", katanya

Ulasan