Tahniah! Kes Jenayah Syariah Turun


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda mengucapkan tahniah atas  kejayaan kerajaan PAS Terengganu menurunkan kadar jenayah syariah.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, pengurangan sehingga 50 peratus pada tahun ini menjadi bukti Darul Iman meletakkan asas takwa dalam pentadbiran. 

"Cakna terhadap setiap masalah sosial yang berlaku dalam negeri, justeru kerajaan hari ini perlu dikekalkan.

“Pemuda bersedia untuk membantu serta mempertingkatkan kerjasama Skuad Amar dengan pihak kerajaan dalam membendung  jenayah Syariah di negeri," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam, mengulas laporan Exco Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Lendidikan Tinggi negeri, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh anak muda Terengganu, bersama-sama menjadi 'mata dan telinga' penguatkuasaan syariah.

"melaporkan jenayah kepada penguatkuasa agama sekiranya mengesyaki gejala tidak bermoral berlaku di kawasan masing-masing,

“Serta maju dari aspek kerohanian dan modal insan dalam bekerjasama mengurangkan kes jenayah Syariah di Darul Iman yang tercinta ini,” tegasnya..

Ketika menjawab soalan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 Mac, Ustaz Satiful berkata, statistik kes kesalahan tersebut menurun dengan ketara bagi tahun 2021. 

“Berdasarkan laporan statistik yang direkodkan, jumlah kes kesalahan jenayah syariah bagi tahun 2020 adalah sebanyak 969 kes manakala bagi tahun lepas (2021) menurun hingga 426 kes.

“Bagi tahun 2021, kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah kes khalwat iaitu sebanyak 297 kes diikuti kesalahan berhubung akad nikah 26 kes,” tambah beliau 

Ulasan