Tidak Bubar DUN; Pemuda Terengganu Sokong Presiden


Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh kenyataan media Presiden PAS yang dikeluarkan dengan penuh tegas berkenaan suasana politik semasa negara.

2. Kenyataan itu mempertegaskan tentang pendirian PAS agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Kedah dan Kelantan TIDAK AKAN DIBUBARKAN sehingga tamat tempohnya.

3. Kenyataan tersebut juga menyebut tentang fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara bagi memasuki fasa endemik.

4. Pemuda PAS Terengganu juga menyokong kenyataan Presiden PAS yang menegaskan tentang kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat perlu diberi tumpuan.

5. Pemuda PAS Terengganu juga melahirkan rasa kecewa dengan pergolakkan politik yang seolah tidak akan berkesudahan terutamanya perlaksanaan beberapa Pilihanraya Negeri yang tidak berkeperluan yang akan membazirkan duit dan membebankan rakyat akhirnya.

6. PAS terus konsisten menawarkan kepada rakyat Politik Solusi dan Politik Islam yang menjamin kesejahteraan dan kemakmuran bersama rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan agama menerusi gagasan besar Penyatuan Ummah.

7. Akhirnya Pemuda PAS Terengganu ingin mengulangi ketegasan Presiden PAS bahawa PAS TIDAK AKAN MEMBUBARKAN DUN TERENGGANU demi menjaga kestabilan dan kesejahteraan rakyat negeri ini sekali gus memacu negeri yang maju, berkat & sejahtera.

8. Pemuda PAS Terengganu akan terus bersama Presiden PAS dengan setiap ketetapan dan arahan untuk merealisasikan agenda besar ini. Kepada Allah swt kami berserah

Ustaz Harun Esa

Ketua Pemuda PAS Terengganu

Ulasan