28 Mac 2022

Tidak Gusar Undi 18


KUALA TERENGGANU - Ameerah Terengganu tidak gusar dengan undi 18 dan optimis PAS mampu pertahankan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) berdasarkan sambutan anak muda terhadap pelbagai program kerajaan. 

Menyedari kelompok terbabit adalah penentu kemenangan, Pengarahnya, Ustazah Asma Abdullah menjelaskan Ameerah telah menggariskan tiga misi dalam usaha menawan hati mereka. 

"Antaranya ialah untuk menyusun dan memperkemaskan organisasi dan perancangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang bakal diadakan tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi kelmarin. 

Beliau berkata demikian mengulas Program Pemantapan Organisasi yang telah berjaya dilaksanakan di Rumbia Resort, Dungun pada 18 dan 19 Mac 2022. 

Seramai 70 orang pemimpin wanita muda yang hadir bagi bergabung tenaga, bersama-sama menyumbang idea dan pandangan dalam memastikan misi untuk terus mara teguh pertahan kemenangan kerajaan PAS di negeri Terengganu. 

 Menurutnya lagi, misi seterusnya adalah untuk mengukuhkan strategi dan mengerakkan jentera-jentera muslimat muda agar bersedia. 

"Untuk mempersiapkan kekuatan yang ada serta memaksimumkan sumber tenaga yang ada dengan memperkasakan medium penerangan ke arah usaha untuk menarik anak-anak muda untuk mengenali PAS. 

" Sehingga akhirnya mereka akan memberi sokongan kepada PAS, ini juga antara usaha untuk memberi kefahaman dan memperkukuhkan fikrah dalam menyelaraskan gerak kerja di semua peringkat agar sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku, " ujarnya.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...