01 Mac 2022

Turun Agih Bantuan Banjir


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Muslimat Kuala Terengganu turun padang  menyantuni mangsa banjir denganm engagihkan pek makanan kepada mereka di beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ketuanya, YB Hajah Zuraida Md Noor berkata, ia sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang terjejas akibat dilanda musibah alam.

"Saya membuat agihan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh dan PPS SK Seri Nilam. PPS SK Paloh menempatkan 252 orang mangsa dari Kg. Paloh Haji Daud, Kg. Paloh, Kg. Pulau Rusa Hilir dan Kg. Pulau Rusa Hulu. Di PPS SK Seri Nilam pula menempatkan 43 orang mangsa," jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Wanita Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program tersebut, semalam. 

Menurutnya, sehingga jam 12.59 petang tadi, 166 PPS telah dibuka seluruh Terengganu yang menempatkan 13,519 orang mangsa banjir dari 3,860 keluarga.

Tambahnya, beliau dan bersama pasukan akan menziarahi beberapa buah sekolah untuk diberikan sumbangan kepada yang terlibat dengan musibah.

"Air masih lagi ada. Diorang tak pindah lagi kerana air tinggi lagi. Tengok keadaan cuaca," ujar beliau.

Justeru itu, Zuraida menasihati orang ramai agar mengawasi dan menjaga keselamatan anak-anak sepanjang musim ini.

"Dan kami di peringkat Muslimat dan Ameerah akan terus melaksanakan misi bantuan banjir semua daerah bukan sahaja di kawasan Terengganu sahaja," tambah Zuraida.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...