30 Mac 2022

Warga Darul Iman Diseru Bersama Tingkat Hasil Pertanian


MARANG - Sektor pertanian kerajaan PAS Terengganu mengajak rakyat bersama-sama berganding bahu dan berkolaborasi meningkatkan hasil negeri negeri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, seluruh warga Darul Iman dipelawa memohon tanah-tanah terbiar yang sesuai untuk diusahakan.

"Kita jemput rakyat, kita membuka peluang kepada semua untuk memohon tanah-tanah kerajaan yang terbiar,

"yang masih kosong yang kerajaan tidak ada rancangan untuk memajukannya, dalam bentuk mudah pemberian secara Lesen Menduduki Sementara (TOL)," jelasnya.

Beliau yang juga Exco Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri berkata demikian pada Program Pemberian Bantuan Baja Pertanian Kepada Pekebun Kecil B40 di Kampung Rusila Marang, semalam.

Hadir sama ialah Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menambah, kerajaan juga sedang berusaha untuk membina sebuah lagi kilang makanan ternakan di Marang selain yang telah beroperasi di Kuala Nerus.

"Sebuah kilang sedang dalam perbincangan, sebidang tanah telah diluluskan di Bukit Kor,

"Untuk menyelesaikan masalah input pertanian yang menjadi isu sekarang'" tegas beliau.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...