Warga Felda 'Beralih Angin' Kepada Perikatan Nasional (PN)


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Warga Felda di seluruh Negeri Johor beralih angin kepada parti Perikatan Nasional (PN) pada pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Terengganu, Wan Nur Sakinah Din berkata, mereka inginkan perubahan baharu di kawasan masing-masing. 

"Alhamdulillah sokongan positif. Warga Felda mahukan perubahan. Dia orang nak pilih Perikatan Nasional (PN) pula memandangkn banyak isu-isu yang tidak diselesaikan dengan baik oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ni.

"Dengan janji-janji yang tidak ditepati. Warga felda mahukan perubahan untuk masa depan generasi seterusnya, " tegasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, rata-rata para pengundi mahukan perubahan yang mana mereka  mahukan pemimpin yang cakna  pada rakyat bukan sekadar janji pilihanraya. 

"Pengundi mahukan politik matang dalam memastikan kestabilan negara

"Pengundi muda dari generasi kedua banyak duduk di luar sebab tiada jaminan kerja untuk diorang menetap di felda," jelas beliau.

Justeru itu, beliau berharap bangsa Johor wajib keluar mengundi tunaikan tanggungjawab memilih pemimpin dan yakinlah dengan calon PN undi mereka bagi menentukan kestabilan politik negara.

"Insyaallah sekiranya PN diberi mandat mentadbir kawasan Johor kali ini boleh melaksanakan manifesto tersebut.

"Sebab prinsip PN ialah prihatin rakyat bukan semata janji pilihanraya," tambah Sakinah lagi.

Ulasan