Ameerah Agih 300 Bekas Butir Nangka


KUALA TERENGGANU - Ameerah DUN Langkap mengagihkan 300 bekas butir nangka kepada penduduk kampung yang lalu di hadapan Surau Gong Terap, Setiu.

Ketuanya, Nor Atika Nabila Abdullah berkata, program sebegini diadakan pada setiap tahun.

"Bersungguh menyediakan dan merancang aktiviti untuk masyarakat dan menyantuni Ameerah dan pengisian di bulan Ramadan," jelasnya.

Beliau yang juga Penolong Pegawai Beliawanis DUN berkata demikian ketika dihubungi semalam.

Turut hadir sama ialah Ketua Ameerah kawasan Setiu, Dr Zakiyah Ahmad dan dibantu oleh Muslimat cawangan Gong Terap Chalok.

Sementara itu, Ketua Muslimat Cawangan, Norhayati Ismail berkata, beliau sangat teruja dan berharap program seperti ini dapat diadakan lagi.

Di samping itu juga, Ketua Muslimat DUN Langkap, Puan Rohani Awang turut hadir memberi sokongan dan semangat  kepada Ameerah DUN.

Ulasan