11 April 2022

Bangunan Baharu PASTI Daru Il Ridzuan Hampir Siap


BESUT - Bangunan baharu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Daru Il Ridzuan Kampung Baharu, Besut hampir siap siap selepas setahun dibina. 

Pengerusi PASTI Daru Il Ridzuan, Wan Asriazwan Husin berkata, ia mula dibina pada bulan Februari 2021 dan dijangka siap serta dapat digunakan padal awal tahun 2022. 

Namun katanya, kerja-kerja pembinaan banyak tergendala kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksakan oleh pihak kerajaan pada tahun lepas.

"PASTI ini mempunyai pelajar seramai 20 orang lebih yang terdiri daripada murid berumur 5 dan 6 tahun.

"bangunan baharu ini dibina di atas tapak asal bangunan lama yang sudah berusia dan sudah tidak selesa untuk digunakan.

“ia juga dibina bagi menampung lebih ramai murid dan supaya murid lebih selesa untuk belajar, " katanya ketika ditemui semalam. 

Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati menghulurkan sumbangan. 

"bagi menyiapkan bangunan ini yang menelan belanja hampir RM250 ribu, 

"Hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai sebelum ianya dapat digunakan untuk pembelajaran." jelasnya. 

Justeru, beliau masih mengharapkan agar para penderma dapat terus memberi sumbangan agar impian anak-anak PASTI mahu belajar dalam kelas yang baru menjadi kenyataan. 

" Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah terus ke akaun Bank Rakyat PASTI Daru Il Ridzuan, yang bernombor 1101669151." tambah beliau. 

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...