07 April 2022

Garis Panduan Hiburan Yang Jelas Dan Nyata


Ketegasan kerajaan PAS negeri Terengganu berhubung soal pelaksanaan syariat dibuktikan dengan isu penganjuran acara hiburan yang diberi jolokan sebagai ‘Pesta Dangdut’, di sebuah hotel di bandar raya Kuala
 Terengganu, pada 25 Mac lalu.

Sebaik berita ‘pesta’ itu menjadi tular, kerajaan negeri mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan aktiviti berunsur hiburan di negeri ini supaya menghormati garis panduan hiburan ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tindakan penganjur program yang menampilkan penyanyi berpakaian mencolok mata di sebuah hotel pada 25 Mac lalu bercanggah dengan peraturan sedia ada.

Beliau menegaskan, secara umumnya orang ramai sudah tahu bahawa negeri ini ada garis panduan hiburan yang jelas dan nyata dan adalah tidak munasabah, ada mana-mana pihak yang terlibat dengan industri hiburan mengatakan “ttdak tahu”.

“melainkan sengaja hendak melakukan provokasi bagi membesarkan sesuatu isu agar apabila tindakan diambil maka mereka mula hendak menunjukkan belang.

"Dengan menuduh bahawa kita sebuah kerajaan yang sangat keras sedangkan kita sentiasa bersedia untuk memberikan pandangan, penjelasan dan menerangkan hala tuju yang jelas tentang garis panduan kerajaan negeri ini," ujarnya.

Susulan itu beliau yang juga Bendahari PAS Terengganu telah bertemu pihak hotel tersebut pada hari Ahad 3 April, bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Hasil pertemuan itu, kerajaan negeri menyerahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak polis membuat siasatan lanjut berkenaan penyanyi seksi dan penganjuran program hiburan itu.

Ustaz Mohd Nor berkata, penganjuran tersebut amat dikesali dan pihaknya telah meminta pengurusan hotel untuk lebih teliti dalam menerima sebarang tempahan terutama berkait hiburan.

“Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada JHEAT dan pihak polis berkaitan siasatan berkenaan isu ini.

“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) akan dirujuk bagi meneliti kesalahan penganjuran berkenaan garis panduan berkaitan hiburan,” tambahnya dalam sidang media hari ini.

Justeru, permohonan maaf secara terbuka telah dibuat oleh Pengurus Besar Hotel Tanjong Vista, Lily Julia Hassan Tan sejurus selepas menerima kunjungan Ustaz Mohd Nor yang mewakili kerajaan negeri serta JHEAT.

Semua pihak perlu bersama-sama menjaga keharmonian Terengganu agar negeri yang kita cintai ini boleh mejadi satu wilayah yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

Untuk mendapat keberkatan daripada Allah, perlah kita semua melaksanakan segala suruhanNya dan menimggalkan segalan larangan Allah, apatah lagi dalam bula Ramadan yang mulia ini.

Klik untuk muat turun Dokumen Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan,Pelancongan Dan Sukan Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...