25 April 2022

Kerajaan PAS Agih i-Fitri, Umno Terengganu Bagi i-Perwaja

Agihan bantuan i-Fitri bermula awal minggu ini

 Lama dulu, sebelum Tony Stark menyandang gelaran The Iron Man, di Malaysia, seorang cina tua bernama Eric Chia, mungkin telahpun memakai gelaran itu.

Bukan kerana dia seorang adiwira yang menyelamatkan dunia, duduk bersama wanita cantik, tetapi dia diharapkan sebagai wira penyelamat kepada Perwaja, sebuah syarikat yang menjalankan industri besi waja di Kemaman, Terengganu.

Perwaja suatu ketika, diawal 80-an adalah sebuah syarikat yang begitu gah. Sebaris dengan kehebatan Petronas. Nama Perwaja cukup terkenal. Mana-mana teruna bujang yang bekerja dengan Perwaja, pasti akan dipercepatkan proses permohonan meminang anak dara orang. Begitulah mereka dipandang. Berhampiran kilangnya di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, ada juga Syarikat Tioxide, Gunawan Steel, tidak jauh dengan selekoh tajam 90° yang ikonik itu.

Setelah kegagalan pengurusannya sekitar pertengahan 80-an, ditambah dengan kenaikan mata wang Yen, sekutu Perwaja dari Jepun, Nippon Steel Corporation, menarik diri, meninggalkan Perwaja terkontang-kanting keseorangan dengan hutang dianggarkan sebanyak RM1 bilion, nilai ketika itu.

Bermulalah kisah Eric Chia datang menerajui Perwaja, atas kehendak orang atasan, sebagaimana iklan Mopiko yang terkenal pada zaman itu, dengan seruan Mopiko Lailaaa (Mopiko datang) untuk menghilangkan kesan gigitan serangga. Menurut cerita, dia masuk ke Perwaja dengan menyamar sebagai pemandu lori, konon bagi mengumpul maklumat bawahan.

Dan memang semua orang terkejut apabila mendapat tahu si apek pemandu lori itu adalah bos besar Perwaja. Sejenak diawal kemasukannya, Perwaja mendapat sedikit suntikan. Bernafas semula. Khabarnya dia menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya. Antaranya, semua kakitangan mendapat kurma sebagai hadiah di bulan Ramadan. Berita itu segera tersebar, menjulang namanya yang begitu perihatin dek kerana kurma. Melayu memang alah dengan hadiah, melambunglah pujian diberi.

Dan memang semua orang terkejut buat kali keduanya, apabila  dia keluar meninggalkan Perwaja, dengan kerugiannya naik seganda. Dan terkejut menjadi tiga kali apabila diaudit, jumlah sebenarnya ialah RM10 bilion, nilai wang ketika itu. Dia akhirnya dihadapkan ke mahkamah selepas hampir 10 tahun kemudian dengan hanya pertuduhan pecah amanah sebanyak RM76.4 juta sahaja. Dan beliau didapati, tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. 

Perwaja hanya tinggal nama dan puing-puing tinggalan kilangnya dahulu, menjadi tugu, saksi bisu kerakusan manusia yang menggomol duit rakyat sewenang-wenangnya. Para pekerja mereka diberhentikan tahun 2014. Dan mereka memulakan hidup baharu, tanpa Perwaja. Tetapi harapan terhadap wang mereka, tetap tinggi. Doa siang dan malam selama beberapa tahun.

Semalam, Umno Terengganu dalam cubaannya untuk meraih kembali kepercayaan rakyat, menggunakan logo parti, mengaku membantu bekas pekerja Perwaja mendapatkan kembali wang yang bukan kepunyaan Umno itu. Mereka menjemput PM sebagai tarikan bagi penyerahan. Dalam pada cuba menjadi 'hero', sempat Umno menuduh Majlis Perbandaran Kemaman, cuba menyekat majlis mereka dengan tidak membenarkan ia dilakukan di Dewan Berlian. Jawapan tuduhan itu, sudah dijelaskan Exco Haji Hanafiah.

Ada pula dari kalangan budak-budak baru nak 'up' (BBNU) Umno mendakwa ini semua adalah hasil usaha ketua mereka, Asyraf Wajdi. Lalu kenapa tidak juga diadakan serahan i-Citra, i-Sinar melalui Umno? Mungkin mereka akan jawab yang duit itu dari KWSP, duit rakyat sendiri. Habis tu, Perwaja makan duit KWSP sebanyak RM130 juta nilai waktu itu, mana duit tu sekarang? Duit rakyatlah tu. Masa kejadian, kebanyakkan mereka masih memakai lampin atau belum lahir.


Umno Terengganu sepertinya mahu mencuci tahi tinggalan Eric Chia. Eric makan, Eric berak, Umno Terengganu cucikan, begitulah kelihatan ia diumpamakan, betul tak? RM8.645 juta wang pampasan kepada 709 bekas pekerja Perwaja adalah baik, sangat baik, tetapi bagaimana pula dengan lebih baki daripada keseluruhan RM10 bilion yang ditelan pihak lain itu? Tidakkah Umno mahu menggantikannya? Umno hanya mahu nama mereka dikekang sebagai penyelamat, tetapi rakyat semua tahu dalam kes Perwaja, siapa Umno.

Sehingga kini, tiada naratif yang boleh untuk Umno jadikan kempen bagi memikat kembali hati rakyat. Apatah lagi dengan membuat sesama Melayu yang mahukan perpaduan sebagai musuh. Masalah ketua mereka menghadapi tuduhan rasuah dan lebih pelik,  Ahmad Said yang suatu masa dahulu bersilat dalam Dun kerana membenci Najib dengan mendedahkan permulaan 1MDB ialah TIA yang mahu mencagarkan pelantar minyak Terengganu sehingga Tuanku Sultan Terengganu murka, sekarang kelihatan ingin bersama Bossku semula.

Umno baik? Baik ada makna tuuu......Nak percaya kat Umno Terengganu lagi ke?


Mohd Nasir Abdullah

25 April 2022

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...