17 April 2022

Krisis Palestin; Masa Bercakap Sudah Berlalu


KUALA TERENGGANU - 'Masa bercakap' sudah berlalu dan sudah sampai waktunya Dunia Islam  bertindak dengan lebih tegas dan berani bagi menyekat kezaliman zionis Israel.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, umat perlu bangkit bagi membantu dan membebaskan setiap inci bumi Palestin dari jajahan zionis Israel.

"PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera regim zionis Israel menceroboh Masjidil Aqsa dan menyerang penduduk Palestin yang berada di dalamnya.

"Pencerobohan ini sewajarnya perlu diambil perhatian yang amat serius oleh Dunia Islam kerana ia telah mencemari kesucian Masjidil Aqsa apatah lagi ianya berlaku di bulan Ramadhan yang mulia ini," tegasnya.

Menurut beliau, tindakan rejim Israel itu sekaligus memaparkan sikap tidak berperikemanusiaan, perlanggaran hak asasi kemanusiaan dan perilaku “ Apartheid “ regim zionis Israel terhadap rakyat Palestin. 

Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian dalam kenyataan media semalam 

Katanya, Insiden pencerobohan tersebut mengakibatkan lebih 152 rakyat Palestin cedera dan ratusan lagi ditangkap oleh tentera regim zionis Israel termasuk kanak-kanak dan wanita.

"Isu Palestin dan Masjidil Aqsa sudah berlanjutan lebih daripada 70 tahun dan masih tidak nampak jalan penyelesaiannya namun saban hari setiap inci bumi Palestin dimamah oleh regim zionis Israel di samping angka korban di kalangan rakyat Palestin yang telah mencecah ratusan ribu orang.

"Umat Islam sudah muak mendengar kenyataan kosong samada daripada OIC, Liga Arab mahupun PBB sendiri kerana sudah sedia maklum tidak akan diendahkan oleh regim zionis Israel." tambahnya

Justeru, beliau menyeru semua pihak  bersatu padu dan berkerjasama bagi membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman penjajahan regim zionis Israel demi untuk kelangsungan rakyat Palestin  di samping untuk menguatkan lagi penyatuan dan perpaduan seluruh Dunia Islam.

"Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan tsabat kepada saudara-saudara kita yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mengurniakan kepada Dunia Islam, 

"kepimpinan yang beriman bagi membebaskan bumi Palestin sehingga kita semua dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa satu hari nanti insyaallah. Ketahuilah masa ini tersangat hampir dengan izin Allah!," jelas beliau.


Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...