11 April 2022

PAS Ladang Sasar Kompleks RM1.5 Juta Siap Dalam Tempoh Setahun


KUALA TERENGGANU - PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menyasarkan pembinaan Kompleks dengan anggaran kos RM1.5 juta akan siap dalam tempoh setahun.

Pengarah Majlis Tindakan DUN tersebut Ustaz Ahmad Kamal Ali berkata, sehingga kini sejumlah RM100,000, hasil sumbangan orang ramai telah berjaya dihimpun.

"bangunan ini di lantai bawah kita akan buat pejabat dan di bahagian atas akan dibuat dewn dan bilik mesyuarat,

"tanah tapak bangunan ini diberikan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) untuk dijadikan markas tarbiah DUN," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah dan Solat Hajat di tapak Kompleks tersebut, semalam 10 April.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Setiausaha BPPNT, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. 

Katanya, apabila siap kelak, premis yang terletak di Lot 1817, Jalan Pusara dekat sini, akan menjadi Pusat Khidmat Masyarakat bagi kemudahan penduduk berurusan.

Tiada ulasan:

Rasulullah Model Guru Unggul

KUALA TERENGGANU - Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapa...