04 April 2022

Umno Tidak Sedar Diri


DUNGUN - Sikap Umno yang memperlekehkan Parti Islam Se-Malaysia(PAS)  tiada projek mega dilaksanakan  ketika menjadi kerajaan sekarang seolah-olah parti itu tidak sedar diri.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun menyelar sikap tidak bertanggungjawab pemerintah terdahulu yang kononnya melaksanakan projek mega tetapi sebenarnya menghabiskan duit rakyat.

"Projek-projek yang dibuat tanpa kajian yang terperinci, rakyat jadi mangsa, macam Projek Rimbunan Kaseh, yang kini sudah dibaik pulih oleh Kerajaan PAS Terengganu yang memerintah,

"Apabila kita mengambil alih, kita tengok melalui pakar-pakar, projek Rimbunan Kaseh sebenarnya hanya memerlukan 10 orang pekerja sahaja(tidak perlu pengambilan pekerja yang banyak), " katanya 

Cikgu Alias yang berkata demikian ketika berucap di Ceramah Perdana Teguh Pertahan 1.0 di perkarangan Balai Raya Kampung Pulau Serai di sini pada 31 Mac lalu.

Turut sama dalam majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Dungun, Naraza Muda itu, ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Pengarah MTD Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.

"Alhamdulillah, kita berjaya memulihkan, Exco Pertanian yang mengambil tanggungjawab ini, 

" sekarang pengeluaran melon manis, meningkat tetapi  permintaannya masih tidak mencukupi walaupun tapak penanaman terus ditambah," jelasnya. 

Bukan itu sahaja, katanya, kalau dulu pekerja - pekerja hanya dibenarkan menyewa di Rimbunan Kaseh yang berjumlah 100 buah rumah setelah dua tahun kita berusaha, berbincang dan memikirkan bahawa rakyat memerlukan rumah sebagai tempat berteduh,

"kini penghuni perumahan tersebut telah mendapat hak milik dengan cara sewa beli.," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...