Jangan Jadi 'Hamba Ramadan'

 


KUALA NERUS - Umat Islam dinasihatkan agar meneruskan amalan mulia di bulan puasa pada bulan yang lain bagi mengelakkan mereka menjadi 'hamba Ramadan. 

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM, Dr Ustaz Ahmad Izzudin Dato Abu Bakar berkata,  ibadah seperti membaca al-Quran, bersedekah dan bersembahyang pada waktu malam, wajar dipraktikkan pada setiap hari.

"jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadan, buatlah walau sedikit, kerana amalan yang tidak banyak tetapi berterusan adalah lebih baik, 'jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi khatib solat Jumaat pertama bulan Syawal, di masjid Jamek Tok Jiring, hari ini.

Beliau memetik kata-kata para salafus soleh yang mengungkap :

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

Maksudnya: “Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadhan.”

Didalam al-Quran, Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 79 sebagaimana dibacakan pada awal khutbah yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”.

Ulasan